Perangai Schnauzer kerdil

A Miniature Schnauzer with docked ears and cropped tail

Piawaian baka American Kennel Club memerihalkan perangai "berwaspada dan bersemangat, namun patuh kepada perintah ... ramah, cerdas, dan bersedia untuk menggembirakan... tidak pernah terlebih agresif atau takut".[6] Biasanya mudah dilatih, ia cenderung untuk menjadi anjing pengawal cemerlang dengan naluri kewilayahan baik, tetapi lebih cenderung untuk menyalak berbanding dengan menggigit. Ia kerap menjauhi orang asing sehingga tuan rumah mengalu-alukan tetamu, kemudian ia biasanya sangat mesra dengan tetamu berkenaan.[27] Walaupun schnauzer katik termasuk dalam Kumpulan Terier di Amerika Utara (oleh sebab latar belakang dalam penangkapan tikus), ia tidak mempunyai keleluhuran bersama dengan terier dari Great Britain,[6][13] dan, berbanding dengan terier itu, mempunyai keperibadian berbeza, iaitu keperibadian lebih santai, patuh, ramah, dan kurang agresif terhadap anjing lain.[7]

Ia merupakan anjing amat suka bermain dan, jika tidak diberi saluran yang diperlukan untuk tenaganya, dapat menjadi bosan dan mencipta "keseronokan" sendiri. Sebagai contoh: banyak schnauzer katik gemar bermain dengan kertas,[28] dan dengan senang hati mengoyakkan kertas pembalut, tisu tandas, dll. jika dibiarkan tanpa pengawasan apabila bosan atau mencari perhatian. Schnauzer katik dapat bertanding dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, dan penjejakan. Schnauzer mempunyai dorongan pemangsa tinggi yang bermaksud bahawa ia mungkin mengejar haiwan kecil lain dan, oleh itu, tidak patut terlepas tanpa cawak apabila bukan di dalam kawasan berpagar.[6] Berdasarkan metodologi ranking buku The Intelligence of Dogs (2006) oleh Stanley Coren, schnauzer katik menempati tempat ke-12 daripada 140 baka dalam 79 peringkat untuk keupayaan untuk belajar dan mematuhi perintah baharu, iaitu kecerdasan kerja dan kepatuhan, dikelompokkan sesama "anjing pekerja cemerlang". Tambahan pula, pakar meletakkan schnauzer katik sebagai baka kelima antara 15 baka teratas dalam keupayaan salakan anjing pengawal.[29]

Rujukan

WikiPedia: Schnauzer kerdil https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Miniat... https://curlie.org/Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Ter... https://www.dogsnz.org.nz/breeds/schnauzer-miniatu... http://www.theminiatureschnauzerclub.co.uk/the-bre... http://www.amsc.us/history-of-the-miniature-schnau... https://www.thekennelclub.org.uk/services/public/b... https://web.archive.org/web/20150207074338/http://... http://www.akc.org/breeds/miniature_schnauzer/inde... https://books.google.com/books?id=I8IJBgAAQBAJ&pg=... https://archive.org/details/natureofdogs0000ludi